Muat Naik Gambar Berpelukan Baju Sedondon, Izreen Azminda Dan Ude Dihentam Netizen

Muat Naik Gambar Berpelukan Baju Sedondon, Izreen Azminda Dan Ude Dihentam Netizen

Izreen Azminda dan Ude Wahid telah mengaktifkan semula akaun Instagram masing-masing tetapi masih tidak memasang fungsi komen. Ini bermakna netizen tidak dapat meninggalkan komen pada gambar-gambar yang dimuat naik oleh mereka sebagai mana lazimnya.

Seperti pasangan lain yang sedang menyulam bahagia, Izreen telah berkongsi gambar mesranya dengan Ude ke Instagram. Bagimanapun terdapat akaun Instagram lain yang telah memuat naik semula gambar tersebut dan netizen telah mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen berunsur hentaman kepada Izreen dan Ude kerana gambar itu.

Advertisement

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 

Kebanyakan Netizen mendakwa pasangan itu mematikan fungsi komen kerana takut dihentam di akaun sendiri. Tindakan Izreen didakwa Netizen sebagai tidak menghormati bekas isteri pertama Ude, Intan Liana Saleh yang masih dalam edah.

Izreen  telah memuat naik satu lagi gambarnya selepas itu, berkata diam itu emas.

Advertisement

Ude Wahid, 30, seorang pemuzik, telah menceraikan isteri yang dikahwini selama lima tahun, Intan Liana Saleh, 33, seorang surirumah pada Mac lepas setelah bernikah secara rahsia dengan Izreen pada Ogos 2017.

Ude meninggalkan rumah setelah Intan mengetahui tentang perkahwinan itu dan memfailkan perceraian dengan Intan pada 30 November 2017, setelah tiga bulan mengahwini Izreen. Ude dan Intan mempunyai dua anak hasil perkahwinan mereka. – beautifulnara.com

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

132 Comments

  1. abg gatal

    April 16, 2018 at 10:12 am

    taik lalat ude ni makin kecik la… ke sebab hari2 kene gesel dgn bunga si jerangkung nih?

Loading...