Sebelum ini, sudah beberapa kali gaya pemakaian tudung Liyana Jasmay dikritik sehingga ada yang mengatakan dia mempermainkan agama. Ada segelintir netizen mendakwa pelakon itu memakai tudung sekadar main-main dan bakal membukanya suatu hari nanti. Namun, pada Liyana ramai yang tidak tahu apa itu fesyen dan tidak perlu sibuk mengkritik cara dia berhijab.
Terbaru, nama Liyana sekali lagi hangat diperkatakan apabila dia memuat naik foto tidak bertudung ketika sedang menikmati hidangan di restoran luar negara bersama suami dan dua orang anaknya. Ramai yang tertanya-tanya, adakah Liyana sudah buka tudung?
“Tudung dah terbang, melayang terus”
Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut melihat foto tersebut tertanya-tanya, adakah Liyana sudah buka tudung? Tidak kurang juga yang memerli tindakannya itu.
Bagaimanapun, ada yang berkata ia mungkin gambar lama. Kalau betul, mungkin kurang sesuai untuk dimuat naik semula. Hanya timbulkan salah faham dan fitnah sahaja. Apa-apa pun kita tunggu penjelasan daripada tuan empunya badan.

An excellent
January 22, 2020 at 11:44 pm
Menutup aurat wajib. Urusan kebaikan lain cth sedekah itu sunat.
minah jambu lov tv terlajak laris best..
January 22, 2020 at 9:27 pm
bukak aje lah tudung tu liyana dh alang kepalang ..macm kite2 ni bertudung boleh tk bertudung pon boleh asalkn kite buat benda2 yg baik2 aje suda contoh nye rajin bersedekah amalan yg baik2 kira ok la tu kan..yg bertudung pon kadang ada yg emmmmm…
unknown
January 22, 2020 at 6:18 pm
x baik tau korang.. ni kan fesyen BANDAR
anonymous
January 22, 2020 at 6:04 pm
tak pemes pon haukkkk NEXTTTT
syaitoonnnn
January 22, 2020 at 3:47 pm
bile yg dia bertudung, btudung yg btol bukan mcm dia ni..sangkak sgt ikot fesyen