Muat Naik Foto Tiada Rambut, Netizen Risau Keadaan Kesihatan Elyana

Hiburan

Muat Naik Foto Tiada Rambut, Netizen Risau Keadaan Kesihatan Elyana

Hantaran terbaharu Elyana di Instagram menarik perhatian ramai apabila memuat naik gambar dirinya tanpa sehelai rambut, sekali gus menimbulkan spekulasi tentang keadaan kesihatannya.

Dalam kapsyen penuh emosi, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal berkongsi luahan hati yang menyentuh perasaan.

Advertisement

“Proses kehidupan kita, hanya kita yang lalui, hanya kita yang tahu. Bermati-matian berusaha untuk nampak tenang dan waras tanpa bercerita,” tulis Elyana, menggambarkan kesukaran yang dihadapinya namun tetap berusaha kelihatan kuat.

elyana

Dia turut menitipkan pesanan bermakna kepada para pejuang lain,

Kau berharga dan kau cukup layak untuk selalu dirayakan… Tetaplah menjadi orang yang baik walau mereka menghinamu tidak baik.

Foto tersebut disambut dengan hampir 9,000 tanda suka dan lebih 400 komen yang rata-ratanya memuji ketabahan Elyana. Elyana sebelum ini pernah menjadi sumber inspirasi ramai apabila mendedahkan perjuangannya melawan kanser limfoma sejak 2010.

elyana
2023-08-14 14:07:45

"Anak Dipakai Tudung, Mak Dah Elok Bertudung Tapi.." - Elyana Berang Lelaki Sindir Isu Buka Hijab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...