Sejak Shuhada mendedahkan perbuataan keji yang dilakukan oleh suami iaitu Hafidz Roshdi baru-baru ini, pelakon terbabit sama sekali tidak memberi sebarang penjelasan dan kekal tenang memuat naik foto di Instagram.
Terbaru, Hafidz ada memuat naik satu foto di platfrom Instagram merenung jauh dan netizen mendakwa dia seakan-akan sedang memikirkan perbuatannya serta menyesal akan tindakan yang di lakukan.
Perkara itu dibangkitkan kerana sebelum ini dia didakwa telah menumbuk isteri, Shuhada di bahagian muka hingga ketika berada di kawasan rehat dan rawat (RnR) di Sungai Buloh.
Biarpun sudah memadam foto terbabit di Instagram, difahamkan melalui portal Murai, ramai meninggalkan kecaman di ruangan komen hantaran pelakon itu.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Hafidz benar-benar menyesal dengan kelakuannya kerana dia kekal tenang dan tidak sedih biarpun menerima tohmahan daripada banyak pihak.