Dato’ Seri Aliff Syukri, jutawan kosmetik yang sering sahaja mendapat perhatian dan terpalit dengan kontroversi setiap kali beliau ingin berkongsi sesuatu bersama pengikutnya di media sosial.
Terbaru, Aliff ada memuat naik foto KWSP miliknya berkat simpanan gaji dan ada menyatakan beliau mahu menggunakan wang hasil titik peluhnya itu untuk membayar deposit rumah baru di Pavillion. Aliff berniat untuk memberikan motivasi kepada masyarakat diluar sana.
Walaubagaimanapun, posting tersebut mengundang salah faham serta mendapat reaksi negatif daripada netizen yang menganggap beliau sengaja ingin bersikap riak.
Mungkin cara Aliff untuk menyuntik semangat agar orang ramai boleh berjaya sepertinya tidak begitu tepat, namun janganlah kita juga terus menghentam beliau. Berfikirlah secara positif.