June 18th, 2019

Genap sebelun selepas bercerai, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memuat naik luahan hati terhadap bekas isterinya, Bella Astillah mengimbau kembali saat mereka bernikah pada 9 September 2016.

Dalam luahan tersebut, Aliff memberikan bayangan seakan mahu kembali kepada Bella dan ingin menjadi suami dan bapa yang terbaik. Aliff sudah menyesali segala perbuatan yang mengguris hati bekas isterinya itu.

Pada masa yang sama, Aliff menzahirkan rasa syukur dan menghargai Bella yang sebelum ini banyak berkorban dan bersabar sepenuh jiwa dengan apa yang berlaku ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Aliff mengakui Bella sentiasa ada dikala susah dan senang dan mahu mengubah segala kesilapannya seandainya dapat diputarkan waktu. Namun Aliff sedar, semuanya sudah terlambat dan ini adalah pengajaran besar kepadanya kerana tidak bersyukur dan lalai dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan.

Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 16 Mei lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Perkahwinan mereka tidak boleh diselamatkan lagi selepas Aliff beberapa kali terpalit dengan kontroversi berlaku curang.


73 responses to “Muat Naik Foto Nikah, Aliff Aziz Beri Bayangan Mahu Rujuk Semula”

  1. wekkkkkkk says:

    9 sept 2016 nikah, 16 mei 2019 cerai, anda dlm proses bulan madu sebenarnya…apakan daya anda tidak sedar, bahawa anda sudah bergelar suami pada tarikah 9 sep 2016.

  2. Anonymous says:

    Elok la tu dah ko ludah tepat ke muka bini… kat ipar duai mak bapak mertua ko bagai baru nak sedar? jantan apa la ko ni ha? waktu bini ko kecoh2 ko senyap. skrg kena bayar 1k nafkah baru rasa sunyi ke apa? dh senyap la…nak termuntoh drama ko!

  3. FZ says:

    WE CAN ONLY HAVE A SECOND CHANCE. NOT THIRD, FORTH, FIFTH,…100TH CHANCE

  4. Anonymous says:

    status diri dh duda, pergilah mana2 dunia nk hilangkan rasa gila byg tu.
    Takkn hati lembut sgt, jdilah lelaki yg berani nak tempuhi hidup. Bercerai tu akan membuat anda tahu erti kehidupan, aku percaya, jika ko keluar dri zon skrg, anda pasti berjaya melawan perasaan pada bekas bini.

    Harungilah dugaan ini dgn kepandaian anda sendiri. Merantaulah ke mana anda nk tuju..pasti anda percaya ckp saya nti.

  5. jemah sangat says:

    yang penting bella kena keraskan hati , move on semove on nye. jangan sekali-kali pandang belakang …huh … aku pulak beriye

Loading...