Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Muat Naik Foto Nikah, Aliff Aziz Beri Bayangan Mahu Rujuk Semula

Genap sebelun selepas bercerai, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memuat naik luahan hati terhadap bekas isterinya, Bella Astillah mengimbau kembali saat mereka bernikah pada 9 September 2016.

Advertisement

Dalam luahan tersebut, Aliff memberikan bayangan seakan mahu kembali kepada Bella dan ingin menjadi suami dan bapa yang terbaik. Aliff sudah menyesali segala perbuatan yang mengguris hati bekas isterinya itu.

Pada masa yang sama, Aliff menzahirkan rasa syukur dan menghargai Bella yang sebelum ini banyak berkorban dan bersabar sepenuh jiwa dengan apa yang berlaku ketika mereka masih bergelar suami isteri.

Aliff mengakui Bella sentiasa ada dikala susah dan senang dan mahu mengubah segala kesilapannya seandainya dapat diputarkan waktu. Namun Aliff sedar, semuanya sudah terlambat dan ini adalah pengajaran besar kepadanya kerana tidak bersyukur dan lalai dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan.

Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 16 Mei lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Perkahwinan mereka tidak boleh diselamatkan lagi selepas Aliff beberapa kali terpalit dengan kontroversi berlaku curang.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

73 Comments

  1. Anonymous

    June 19, 2019 at 8:58 am

    tapi tengok ig story bella sebelum dia fly, dia post gambar ticket flight nama ayah dia, mak dia, dan mohamad aliff. means diorang pergi melbourne sekali ke

  2. Anonymous

    June 18, 2019 at 2:53 pm

    Bila dah berpisah baru nak hargai …
    ayat dah BASI!

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama