Genap sebelun selepas bercerai, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memuat naik luahan hati terhadap bekas isterinya, Bella Astillah mengimbau kembali saat mereka bernikah pada 9 September 2016.
Dalam luahan tersebut, Aliff memberikan bayangan seakan mahu kembali kepada Bella dan ingin menjadi suami dan bapa yang terbaik. Aliff sudah menyesali segala perbuatan yang mengguris hati bekas isterinya itu.
Pada masa yang sama, Aliff menzahirkan rasa syukur dan menghargai Bella yang sebelum ini banyak berkorban dan bersabar sepenuh jiwa dengan apa yang berlaku ketika mereka masih bergelar suami isteri.
Aliff mengakui Bella sentiasa ada dikala susah dan senang dan mahu mengubah segala kesilapannya seandainya dapat diputarkan waktu. Namun Aliff sedar, semuanya sudah terlambat dan ini adalah pengajaran besar kepadanya kerana tidak bersyukur dan lalai dengan nikmat yang Allah SWT kurniakan.
Aliff dan Bella bercerai talak satu pada 16 Mei lalu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga. Perkahwinan mereka tidak boleh diselamatkan lagi selepas Aliff beberapa kali terpalit dengan kontroversi berlaku curang.