Muat Naik Foto Mesra, Pelawak Saiful Apek Telah Bernikah Dengan Sabrina Ali?

Hiburan

Muat Naik Foto Mesra, Pelawak Saiful Apek Telah Bernikah Dengan Sabrina Ali?

Pelakon dan juga pelawak, Saiful Apek ada memuat naik sebuah foto dia berbaju Melayu berona putih di samping pelakon Sabrina Ali yang manis berkebaya di laman Instagram miliknya.

Malah, Sabrina turut memuat naik foto yang sama di ruangan Instagram masing-masing. Dengan kapsyen seolah-olah telah selamat mendirikan rumah tangga, gambar tersebut ternyata telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan peminat kedua-dua selebriti ini.

Advertisement

Dalam pada itu, Saiful yang dihubungi media hanya tampil memberi jawapan ringkas mengenai fotonya bersama pelakon Sabrina Ali tersebut.

“Saya minta maaf, saya tak boleh bagitahu sekarang atas sebab-sebab tertentu. Tapi saya akan beritahu nanti. Tiba masanya nanti, Insya- Allah,”

Ketika meninjau ruangan Instagram milik Saiful, dia dilihat banyak berkongsikan foto-foto mesra di media sosial itu bersama pelakon cantik itu.

View this post on Instagram

Syukur ????????? ???? • selesai sudah ? @sabrina_ali_dad_khan

A post shared by SAIFUL APEK ®™ ?? (@saifulapek) on

Sekadar info, Saiful atau nama sebenarnya Mohd Saifulazam Mohammad Yusoff pernah berkahwin sebelum bercerai dengan Roslina Abu Hassan pada Jun 1994. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Mohd Riyadh Aslam, 24, dan Mohd Radzin Aiman, 22.

Kalau berjodohan pun tak apa, dua-duanya masih bujang. Nantikan penjelasan Saiful Apek tidak lama lagi.

Sumber : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...