Kemesraan yang jelas antara Iqram Dinzly dan Uqasha Senrose dalam foto-foto yang dimuat naik oleh mereka ke Instagram mengundang pelbagai tanda-tanya tentang status sebenar hubungan mereka. Adakah mereka hanya teman tapi mesra ataupun sedang bercinta? Tetapi bukan kah Uqasha sedang rapat dengan aktor Syafiq Kyle dan jejaka tersebut mengakui Uqasha adalah kekasihnya? Hurmm…
Namun, Uqasha nampaknya hanya ingin berdiam diri mengenai gosip tersebut dan meminta agar pihak media mengajukan soalan itu sendiri kepada Iqram. Eh macam main pas-pas pulak.
Sebelum ini, Iqram sering dikaitkan bersama aktres Fouziah Gous dan ada gosip mengatakan mereka pernah menjalinkan hubungan tetapi ianya tidak kekal kerana mereka lebih sesuai untuk berkawan sahaja. Hubungan mereka terhenti apabila Fouziah mendirikan rumah tangga.
Selepas itu, Iqram dikatakan sedang bercinta bersama Soo Wincci tetapi gosip itu ditepis oleh wanita berkenaan dan beliau menegaskan mereka hanya sekadar teman rapat.
Jadi betul ke Iqram Dinzly dan Uqasha Senrose bercinta? Memang dah mesra sangat tu sampai ambil foto rapat-rapat lagi. Banyak betul gosip percintaan Uqasha sejak beberapa tahun ini, bila agaknya nak cari pasangan yang betul-betul kekal? .