Siapa yang tidak sedih apabila terpaksa memutuskan tali pertunangan hanya lebih kurang sebulan sebelum tarikh perkahwinan. Macam-macam juga kontroversi yang menghimpit diri pelakon Elfira Loy pada waktu ini.
Namun, nampaknya Elfira kini sudah mengubati luka lamanya itu apabila memuat naik foto mesra di tepi laut dengan seorang jejaka. Daripada senyuman yang terukir di wajah Elfira, memang terserlah betapa bahagianya beliau sekarang.
Menurut sumber kami, jejaka tersebut berasal dari keluarga yang berada dan pernah melanjutkan pelajaran di Londan dalam bidang Sains Aktuari. Bukan itu sahaja, beliau juga merupakan salah satu anak didik Datuk Aznil Haji Nawawi untuk rancangan On Air musim 2.
Ruangan komen di akaun Instagramnya dipenuhi dengan pelbagai soalan daripada peminat, mereka ingin tahu siapakah gerangan jejaka tersebut yang berjaya mencuri hati Elfira. Ada juga yang mendoakan kebahagiaan mereka berdua.
Yang pasti, katanya hubungan mereka ini mendapat restu daripada keluarga Elfira.
Betul ke Elfira sudah bertemu pengganti Sufian Suhaimi, jika ya kami harap beliau akan lebih bahagian dan mendoakan agar hubungan ini dapat berkekalan sehingga ke fasa yang seterusnya.