Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Muat Naik Foto Mesra Dengan Jejaka Inggeris, Sharifah Sakinah Beri ‘Hint’ Dah Bernikah?

Pelakon Sharifah Sakinah yang sebelum ini terpalit kontroversi mengenai kisah rumah tangganya yang kecundang di tengah jalan, kini dikhabarkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan seorang pelatih kecergasan dan kesihatan yang dikenali sebagai Michael Hansen.

Meskipun Sakinah tidak pernah memberi kenyataan rasmi mengenai hubungan cintanya itu, namun baru-baru ini lelaki itu telah memuat naik foto mesra bersama dirinya di media sosial dan ternyata telah menarik perhatian netizen di luar sana.

Advertisement

Ketika meninjau ruangan komen, ramai netizen membuat spekulasi bahawa kedua pasangan ini sudah pun bernikah namun tidak mengumumkan kepada peminat.

Tidak mendiamkan diri, Sharifah Sakinah tampil membalas pertanyaan seorang netizen dan seolah-olah memberi ‘hint’ bahawa dirinya sudah pun mendirikan rumah tangga bersama jejaka tersebut.

Apa-apapun, sama-samalah kita menunggu jawapan daripada pelakon berbakat ini. Sekadar info,  Sharifah Sakinah sebelum ini telah mendirikan rumah tangga bersama seorang juruterbang iaitu Afif Adha selama dua tahun sebelum bercerai dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
Puasa Barakah Bersama