Muat Naik Foto Masjid Kuala Kangsar, Perkongsian Mesut Ozil Di IG Curi Tumpuan Netizen

Hiburan

Muat Naik Foto Masjid Kuala Kangsar, Perkongsian Mesut Ozil  Di IG Curi Tumpuan Netizen

Bintang bola sepak Jerman, Mesut Ozil baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia ada memuat naik sekeping gambar animasi dirinya berdoa dengan berlatar belakangkan foto Masjid Ubudiah, Kuala Kangsar di akaun Instagram miliknya.

Ozil yang merupakan seorang pemain bola sepak profesional yang kini bermain untuk kelab Turki, Fenerbahce menulis kata-kata berbaur harapan dan kesyukuran terhadap Allah S.W.T dalam hantarannya itu.

Advertisement

Ianya sekaligus menjadi bahan perbualan netizen Malaysia terutamanya yang rata-rata teruja dengan perkongsian Ozil.

Sebelum ini, Ozil pernah memuat naik gambar Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur sekitar bulan Mac tahun 2021 di Instagram miliknya.

Untuk rekod, pemain bola terkenal dunia itu kerap memuat naik gambar-gambar masjid ikonik lain di seluruh pelusuk dunia.

Dia juga merupakan salah seorang ikon bola sepak yang cukup lantang menyuarakan isu-isu kemanusiaan yang melibatkan komuniti Islam di seluru dunia.

Malah, dia juga pernah disisihkan oleh kelab Arsenal kerana keterbukaannya membela nasib etnik Uighur di Cina yang didakwa telah ditindas oleh kerajaan di sana.

Lata Mangeshkar
2 years ago

Penyanyi Lagenda Bollywood, Lata Mangeshkar Meninggal Dunia Di Usia 92 Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...