Written by Bella | March 31st, 2017

Semalam, bertebaran khabar angin kononnya pelakon Faye Kusairi bakal berkahwin dengan pengarah, Azmi Hatta. Berita itu menjadi perhatian netizen selepas Faye memuat naik foto ibu bapanya sedang menyusun kad jemputan. Mereka beranggapan Faye sudah mahu mendirikan rumah tangga.

Walaubagaimanapun, Faye menerusi portal Harian Metro menafikan berita tersebut dan menjelaskan kad jemputan itu sebenarnya adalah undangan untuk menyambut hari lahir anak saudaranya.

Kad jemputan itu adalah undangan sambutan hari lahir anak saudara saya yang bakal diadakan pada 7 April ini. Saya belum lagi nak berkahwin.

Lagipun belum ada sebarang tarikh ditetapkan. Namun, saya dan Azmi ada bercakap mengenai perkara ini.

Jika mempunyai jodoh sehingga ke jinjang pelamin bersama Azmi, Faye akui beliau tidak akan merahsiakan tarikh perkahwinannya kerana ia adalah satu berita baik yang seharusnya dikongsikan kepada umum.

Kalau sudah kecoh, maknanya ramai yang menantikan Faye dan Azmi untuk berkahwin. Semoga ada jodoh antara mereka untuk bergelar suami isteri.

Sumber Berita : Harian Metro

Comments are closed.