September 3rd, 2020

Menjengah ruangan Instagram pelakon Elfira Loy, dia baru-baru ini telah berkongsi sebuah foto hitam putih yang memaparkan dirinya sedang tersenyum manis.

Dia dilihat turut menulis kapsyen berbaur kesedihan yang ternyata telah menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat yang mengikuti perkembangan ibu kepada Muhammad Rayyan Khalaf ini.

View this post on Instagram

That smile is limited edition now.

A post shared by @ elfiraloy on


Malah ada segelintir peminat yang prihatin turut menasihati Elfira supaya sentiasa tabah dan kuat menghadapi apa jua ujian yang diberi Allah S.W.T.

Namun begitu, Elfira tidak tampil membalas sebarang komen peminat dan hanya memilih untuk berdiam diri.

Mengimbas kembali, Elfira Loy telah mendirikan rumah tangga bersama lelaki pilihannnya, Muhamad Khairol Faris Anuar pada January 2019 yang lalu dan kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Rayyan Khalaf yang kini berusia hampir 2 tahun.


3 responses to “Muat Naik Foto Hitam Putih Dan Kapsyen Sedih, Elfira Loy Cetus Kerisauan Peminat”

  1. Menyampah says:

    Bergaduh semua nk cite kat umum
    Senyap sudahlah.sengaya suh netizen buruk2kan ko

  2. Anonymous says:

    depress ke? sedih ke? kena tabahkan diri, suami tu engkau yg pilih

  3. Anonymous says:

    kawen Jan 2019 umur anak hampir 2 tahun???ko biar btl nara…kata laa dia beranak bulan 9 pun baru nk masuk setahun anak eh…xkan laa dia beranak dulu baru kawen…hahahaha

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...