Written by Bella | June 10th, 2019

Sebut sahaja nama Izreen Azminda, memang ramai yang kenal dengan pelakon ini kan? Tahun ini, beliau bukan sahaja dapat menyambut hari raya bersama suami tercinta, Ude Wahid, tetapi lebih teruja kerana sedang hamil lapan bulan.

Tidak dinafikan, Izreen rajin memuat naik foto bahagia bersama suaminya di Instagram. Kali ini, beliau sempat berkongsi foto berpakaian sedondon dengan Ude ketika beraya di kampung.

Bagaimanapun, pakaian yang dikenakan Izreen mengundang kecaman. Ianya terlalu ketat untuk dirinya yang sedang hamil sehingga secara tidak langsung menonjolkan bentuk tubuhnya.

Walaupun dikecam teruk, Izreen tidak mengendahkan segala kritikan yang dilemparkan kepadanya. Mungkin sudah lali dengan segala kecaman yang diterima sebelum ini. Tapi, apa yang dikatakan oleh netizen itu juga ada betulnya, kalau hendak berpakaian kenalah hati-hati agar tidak bergaya keterlaluan.

39 responses to Muat Naik Foto Hari Raya, Baju Izreen Azminda Dikecam

  1. An says:

    Tempah baju time slim.. Tetiba 8mths bdn berisi.. Anyway, sebab thn ni tema baju biru for pregnancy.. Takkan nak simpan dlm almari.. X sesuai.. Sendat pun xkisah

  2. eren says:

    mcm pembalut nangka

Leave a Reply to kelantit Cancel reply