October 16th, 2019

Belum lagi reda dengan isu perceraiannya dengan penyanyi Adira Suhaimi, ahli perniagaan Datuk Red ditimpa lagi dengan ujian apabila anak perempuannya pula kini dalam proses perceraian.

datuk red adira

Memuat naik foto dia dan anaknya di Mahkamah Syariah Rendah Kuala Selangor, Datuk Red meluahkan rasa sedih mengenangkan nasib anaknya. Rumah tangga dilanda badai selepas baharu sahaja setahun berkahwin.

Mereka (anak dan menantu) pun nak bercerai, Allah duga saya sangat kuat. Anak saya baru 20 tahun dan usia perkahwinannya juga baru masuk setahun. Pada saya, ini semua akibat saya alpa dengan kehidupan dunia, inilah balasannya.

Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia. Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya.

Difahamkan, anak perempuannya itu merupakan hasil perkahwinan Datuk Red bersama bekas isteri pertama ketika dia berusia 20 tahun yang hanya bertahan selama lima tahun.

Sumber Berita : Astro Gempak


10 responses to “Muat Naik Foto Di Mahkamah Lagi, Anak Datuk Red Pula Bercerai?”

  1. free spritz says:

    Cerai sebab kahwin atas dasar nafsu..dah puas cari lain. Pasal tu ramai melayu cerai

  2. Ngok says:

    Tu la jantan. Bile kene kat anak sendiri baru nak ingat tuhan. Kalau tidak semua perempuan pon ko nak sapu. Padan muke sgtt.

  3. Papo jela says:

    Ye.ko loser dik.pls try again.tengkiu.

  4. Anonymous says:

    aku je ke kat asia tenggara ni yg x tau datuk red ni ada anak dah besar..? loser ke x?

  5. hihi says:

    pokcik mokcik bawang yuhuuuuuuu…..

Loading...