Belum lagi reda dengan isu perceraiannya dengan penyanyi Adira Suhaimi, ahli perniagaan Datuk Red ditimpa lagi dengan ujian apabila anak perempuannya pula kini dalam proses perceraian.
Memuat naik foto dia dan anaknya di Mahkamah Syariah Rendah Kuala Selangor, Datuk Red meluahkan rasa sedih mengenangkan nasib anaknya. Rumah tangga dilanda badai selepas baharu sahaja setahun berkahwin.
Mereka (anak dan menantu) pun nak bercerai, Allah duga saya sangat kuat. Anak saya baru 20 tahun dan usia perkahwinannya juga baru masuk setahun. Pada saya, ini semua akibat saya alpa dengan kehidupan dunia, inilah balasannya.
Dia jenis berahsia, dari dulu dia hidup sendiri. Itu yang saya kasihan dengan nasib dia. Anak saya ini, kalau dia tak susah dia memang tak akan hubungi saya.
Difahamkan, anak perempuannya itu merupakan hasil perkahwinan Datuk Red bersama bekas isteri pertama ketika dia berusia 20 tahun yang hanya bertahan selama lima tahun.