Muat Naik Foto Di Gym : Zarul Umbrella Terima Komen Berbaur Lucah, Peminat Lelaki Minta Beliau Buka Baju

Hiburan

Muat Naik Foto Di Gym : Zarul Umbrella Terima Komen Berbaur Lucah, Peminat Lelaki Minta Beliau Buka Baju

Vokalis kumpulan Umbrella yang popular sekitar tahun 90an iaitu Zarul mengakui ada menerima beberapa komen berbaur lucah  apabila sering memuat naik foto beliau bersenam di akaun Instagram miliknya. Malah, ada peminat lelaki meminta beliau untuk  menanggalkan baju.

Advertisement

Walaubagaimanapun, niat Zarul berkongsi foto tersebut bukan untu menunjuk-nunjuk tetapi ingin memberikan motivasi kepada orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Pelbagai reaksi saya terima, tidak kira daripada peminat lelaki mahupun perempuan apabila saya berkongsi gambar di Instagram. Malah, ada lelaki yang meminta saya menanggalkan baju ketika bergambar di gimnasium.

Namun, saya tidak terkesan dengan komen sebegitu kerana bagi saya, ia perkara biasa saja. Lagipun, kebanyakan komen ditinggalkan di laman sosial ditulis oleh golongan remaja.

Selain mempunyai sejarah beberapa penyakit serius seperti kencing manis dan sakit jantung didalam keluarganya, Zarul yang juga berkhidmat sebagai pramugara di Malaysia Airlines (MAS) harus mencapai piawaian  yang telah ditetapkan oleh syarikat penerbangan berkenaan.

Jelasnya,beliau perlu mengawal berat badan supaya tidak melebihi 76 kilogram sebagai syarat ditetapkan untuk pramugara Malaysia Airlines (MAS)

Saya perlu menjaga berat badan supaya tidak melebihi jumlah ditetapkan mengikut ketinggian. Setiap pramugara mempunyai piawaian tersendiri yang perlu untuk dipatuhi.

Mereka yang beri komen lucah itu sebenarnya hanya berani di media sosial sahaja menggunakan akaun dan gambar profil palsu. Tidak perlu dilayan sangat.

Lagipun niat Zarul cuma ingin membuka mata dan mengalakkan orang ramai untuk lebih sihat.

Sumber Berita: BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...