Sudah pun meneruskan kehidupan dari kisah putus tunangnya, Elfira Loy semalam mencetuskan pelbagai tanda-tanya apabila memuat naik foto mesra bersama seorang lelaki di tepi pantai. Ramai yang percaya jejaka itu adalah kekasih baru beliau tetapi wajahnya tidak jelas kelihatan.
Rata-rata netizen ingin tahu identiti sebenar jejaka tersebut. Tidak kurang juga ada yang mengatakan mungkin Elfira sengaja ingin mencetuskan gimik sahaja. Apa komen beliau?
Saya tak mainlah gimik sebegitu. Tidak ada apa lagi yang perlu dikongsi.
Daripada sumber yang kami terima, hubungan Elfira dan jejaka tersebut yang dikenali sebagai Faris K Anuar sudah lama terjalin. Mereka pernah hadir bersama-sama ke jamuan hari raya di rumah pelakon Sari Yanti sebelum ini.
Faris merupakan graduan Cass Business School, City University London dalam bidang Sains Aktuari. Berasal dari keluarga yang berada dan pernah menjadi salah seorang anak didik Datuk Aznil Haji Nawawi untuk rancangan On Air musim 2. Boleh tahan juga kan pilihan Elfira kali ini, apa yang penting katanya hubungan mereka ini mendapat restu ibu bapa pelakon wanita itu.