Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Muat Naik Foto Cacah Tatu, Ammar Alfian Mohon Keampunan Allah SWT

ammar alfian tatu

Setiap orang pasti ada kisah silam tersendiri, mungkin ada kisah yang masih lagi menghantui diri setiap detik meskipun sekuat mana kita cuba untuk melupakannya. Begitu juga dengan pelakon Ammar Alfian yang mengakui dia pernah membuat kesilapan sehingga ada pihak yang menggunakannya untuk menyebarkan fitnah dan menjejaskan periuk nasinya.

ammar alfian tatu

Advertisement

Memuat naik foto ketika membuat ukiran tatu pada badannya beberapa tahun lalu selepas mengalami episod putus cinta, Ammar memohon keampunan dan redha dengan ujian serta takdir yang sudah ditentukan Allah SWT buat dirinya.

Apa yang sudah terjadi sebelum ini pasti tidak boleh diputar balik dan menurut Ammar masa depan seseorang itu tidak bergantung kepada kesilapan yang berlaku pada masa lampau.

ammar alfian cacah tatu

Terdahulu, Ammar terpalit kontroversi panas apabila tular satu video lucah didakwa mirip seorang pelakon lelaki. Meskipun tiada bukti kukuh, netizen mula membuat spekulasi menuduh Ammar dan mengaitkannya dengan video tersebut berdasarkan ukiran tatu di bahagian badan serta bentuk badan yang sasa.

Tidak berdiam diri, Ammar tampil menafikan dakwaan tersebut dan turut menyertakan bukti bahawa lelaki di dalam video tersebut bukan dirinya.

Sumber Berita : mStar Online

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. ikan

    March 8, 2020 at 12:54 pm

    eww sangat

  2. Anonymous

    March 6, 2020 at 4:38 pm

    artis bullshit gini la, wayang je lebey. tunjuk baik tu yg depan, belakang belakang takyah cite aaaa, cam sial

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama