May 31st, 2020

Tindakan pelakon Ikhlas Jalil memuat naik foto bersama Zulin Aziz telah menimbulkan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat yang mengikuti perkembangan kedua-dua pelakon ini.

Gambar mereka berdua itu telah dimuat naik di Instagram milik Ikhlas dan telah menerima pelbagai reaksi daripada pengikut yang nampaknya mendambakan kepastian mengenai status hubungan mereka.

Namun, Ikhlas menjelaskan bahawa mereka berdua tiada hubungan istimewa, hanya berkawan dan mengakui telah lama mengenali Zulin dan semakin rapat sejak Ramadhan lalu.

Ikhlas menjelaskan bahawa dia meminati bakat Zulin sebagai seorang artis kerana keunikannya. Bahkan tak segan untuk mengaku bahawa wanita itu adalah idolanya dalam industri seni tanah air.

“Baru-baru ini kami berpeluang buat content video bersama, kalau betul bercinta saya mesti mengaku, takkan nak sorok pula kan?”

Kata Ikhlas, tindakannya memuat naik beberapa keping foto tersebut ternyata telah mengundang spekulasi peminat.

Nampaknya, rata-rata peminat mendoakan kedua pelakon ini supaya meneruskan ke langkah seterusnya iaitu menjadi pasangan kekasih dan menamatkan zaman bujang secepatnya.

Menyedari komen yang dilemparkan peminat, Ikhlas menyerahkan soal jodoh kepada Allah S.W.T.

Kalau ada jodoh apa salahnya kan?

Sumber: mStar Online


One response to “Muat Naik Foto Bersama Zulin Aziz, Ikhlas Jalil Akui Mula Rapat Sejak Ramadan Lalu”

  1. Minah says:

    Aku X berkenan dgn minah ni sbb over. posing Saja buat tonggek.buat malu imej bertudung

Leave a Reply to Minah Cancel reply

Loading...