Muat Naik Foto Bersama, Uyaina Arshad Didakwa Bercinta Dengan Raja Syahiran?

Hiburan

Muat Naik Foto Bersama, Uyaina Arshad Didakwa Bercinta Dengan Raja Syahiran?

Bertindak berkongsi gambar dengan penyanyi Raja Syahiran di atas pelamin bersama pasangan merpati dua sejoli Mira Filzah dan Wan Emir ketika hadir meraikan majlis resepsi pasangan tersebut, pengacara Uyaina Arsyad khabarnya kini sedang hangat bercinta dengan jejaka itu.

Uyaina Arshad Kini Sedang Hangat Bercinta Dengan Raja Syahiran?

Advertisement

Mengintai posting tersebut, kedua-dua mereka juga dilihat menggayakan busana putih seakan telah bersepakat untuk tampil sedondon di majlis perkahwinan selebriti tersebut.

Tambah menarik, kisah cinta pasangan ini juga khabarny mula dihidu warganet apabila Uyaina dikatakan serin meninggalkan komen di Instagram Syahiran. Bahkan, ulasan-ulasan yang dititip Uyaina juga dikatakan berbentuk mesra seperti pasangan yang sedang dilamun cinta.

Uyaina Arshad Kini Sedang Hangat Bercinta Dengan Raja Syahiran?

Bagaimanapun, sehingga kini Uyaina dikatakan masih belum membuat sebarang kenyataan berhubung status terkininya selepas dirinya didakwa telah putus cinta dengan penyanyi daripada negara sebarang Indonesia iaitu Reza Zakarya.

Uyaina Arshad Kini Sedang Hangat Bercinta Dengan Raja Syahiran?

Meskipun begitu, andai jodoh kuat di antara Uyaina dan Syahiran, sama-sama kita doakan agar hubungan ini berkekalan hingga ke jenjang pelamin.

Uyaina Arshad Kini Sedang Hangat Bercinta Dengan Raja Syahiran?

Kredit – Awan Potret

Sekadar informasi, Uyaina pernah digosipkan Reza, namun segalanya musnah apabila lelaki berketurunan arab itu dikhabarkan telah bertunang dengan gadis pilihan hatinya. Biarpun begitu, Uyaina mengakui langsung tidak bersedih sebaliknya percaya jejaka itu berhak untuk menentukan kehidupannya sendiri.

Sumber: Harian Metro, Media Hiburan, Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...