Muat Naik Foto Bersama Tunang Kacak, Netizen Doakan Kebahagiaan Elfira Loy

Hiburan

Muat Naik Foto Bersama Tunang Kacak, Netizen Doakan Kebahagiaan Elfira Loy

Setelah beberapa bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Elfira Loy baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila buat pertama kalinya berkongsi wajah penuh bakal suaminya, Faris K Anuar di akaun Instagramnya.

Advertisement

Ramai yang memuji kekacakan Faris dan mengatakan betapa sepadannya mereka berdua. Pada masa yang sama, netizen turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini dan semoga segala perancangan mereka ke jenjang pelamin dipermudahkan.

Senyuman yang terukir di wajah Elfira sudah cukup membuktikan dan memberikan gambaran jelas betapa gembira dan bahagianya beliau disamping tunangnya itu. Semoga pasangan ini terus bahagia sehingga ke syurga.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.