Muat Naik Foto Bersama, Peminat Mahu Zizan Dan Neelofa Disatukan

Hiburan

Muat Naik Foto Bersama, Peminat Mahu Zizan Dan Neelofa Disatukan

Pelawak terkenal tanah air, Zizan Razak curi perhatian netizen selepas berkongsi satu foto dirinya bersama pengacara dan usahawan terkemuka, Neelofa di laman Instagram.

zizan neelofa bercinta

Advertisement

Apa yang lebih menarik, posting berkenaan juga seakan memberi gambaran yang kedua-dua mereka kini amat rapat dan akrab.

“Lofa… hmmmm can i call u love fa..?? Nah bila abang arab berkata kata ketika puasa.”

Zizan juga dilihat bagai mahu mencuba nasib untuk memikat hati wanita berkenaan.

Susulan kapsyen manis yang dimuat naik Zizan, rata-rata pengikutnya seolah bersetuju andai kedua-dua mereka disatukan.

Malah, posting yang telah meraih lebih 260,000 tanda suka itu mula dihujani pelbagai reaksi daripada kedua-dua peminat mereka.

zizan neelofa zizan neelofa bercinta zizan neelofa bercinta

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat posting tersebut hanyalah gurauan semata, malah hanya membuktikan persahabatan mereka terjalin erat tanpa sebarang masalah.

Untuk rekod, Zizan sebelum ini pernah digosipkan dengan beberapa selebriti tempatan antaranya Juliana Evans, Mira Filzah dan Emma Maembong.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...