Muat Naik Foto Bersama Jejaka ‘Misteri’, Shu Shukri Dah Temui Cinta Baru Di Australia? – “Ehem Ehem, Herlokkk”

Trending

Muat Naik Foto Bersama Jejaka ‘Misteri’, Shu Shukri Dah Temui Cinta Baru Di Australia? – “Ehem Ehem, Herlokkk”

Shuhada Shukri atau Shu menimbulkan tanda tanya dan rasa ingin tahu dalam kalangan ramai pengikutnya selepas dia berkongsi foto dengan seorang jejaka misteri.

Menerusi hantaran di Instagram, Shu telah memuat naik gambar bersama seorang lelaki berbadan sado namun wajahnya ditutup dan mereka difahamkan telah menghadiri satu konsert di Australia bersama-sama.

Advertisement

“Puas menikmati kehidupan, konsert pertama di Australia bersama kumpulan Twenty One Pilots. Cintailah diri anda dahulu,” tulis Shu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Selain foto dirinya dan juga lelaki misteri tersebut, Shu turut berkongsi video nyanyian kumpulan tersebut di hantaran yang sama.

Ramai pengikutnya mula berteka-teki dan tertanya siapakah gerangan lelaki berkenaan namun rata-ratanya mendoakan agar Shu dapat berjumpa pengganti yang dapat menggembirakan hidupnya.

shuhada shukri dan lelaki misteri

Untuk rekod, Shu membuat keputusan untuk sambung pengajian dan berhijrah ke Australia bersama dua anaknya, Humaira dan Umar selepas perkahwinannya bersama aktor, Hafidz Roshdi gagal.

Shuhada dan Hafidz sah bercerai 27 Julai 2023.

Shuhada Shukri akui hidup lebih baik
4 months ago

"Allah Berikan Saya Kualiti Hidup Yang Lebih Baik" - Nurul Shuhada Sambung Pengajian, Kini Menetap Di Australia Bersama Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...