Muat Naik Foto Berpegangan Tangan, Azlee Khairi Dedah Kekasih Hati Baru Di Instagram

Hiburan

Muat Naik Foto Berpegangan Tangan, Azlee Khairi Dedah Kekasih Hati Baru Di Instagram

Pelakon yang kini membintangi drama Rahimah Tanpa Rahim, Azlee Khairi baru-baru ini ada memuat naik foto dirinya memegang erat tangan seorang wanita menerusi akaun Instagramnya.

Azlee KhairiSumber : Instagram Azlee Khairi  

Ternyata, perkara tersebut telah menarik perhatian peminat dan tercetus pula pelbagai spekulasi mengenai siapakah gerangan wanita dalam foto tersebut.

Advertisement

Ramai yang beranggapan bahawa sosok tubuh wanita itu merupakan pelakon Puteri Aishah yang bergandingan dengannya dalam drama yang mereka bintangi bersama itu.

Namun Azlee yang kini membawa gelaran duda itu tidak berselindung malah berterus terang mengenai siapakah sebenarnya wanita itu. Dia menjelaskan bahawa insan misteri itu adalah teman wanita yang baru dikenalinya.

Mengakui mereka berdua masih dalam prose mengenali hati budi masing-masing, namun hubungan keduanya dikhabarkan semakin mekar.

“Kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Jujurnya, hubungan ini juga baru sahaja mekar. Secara kebetulan, foto bersaksikan matahari terbenam itu cantik, jadi saya teruja mahu berkongsi dalam media sosial. Dia bukan golongan seni dan memilih untuk tidak terlalu mendedahkan dirinya. Biarlah ia jadi misteri dan rahsia dahulu.”

Sebelum ini, pelakon drama Love You Mr Arrogant itu pernah dilaporkan bercinta dengan seorang ahli perniagaan dan pengasas produk kosmetik yang dikenali sebagai Aniss namun hubungan itu sudah pun berakhir.

Sehubungan dengan itu, Azlee enggan lagi dikaitkan dengan wanita tersebut dan juga mana-mana produk yang diusahakan usahawan terbabit.

Perkembangan terkini, selain drama Rahimah Tanpa Rahim, Azlee turut muncul dalam sebuah naskah terbaru berjudul Hari Hari Jatuh Cinta terbitan Zeel Production.

Drama tersebut yang turut dilakonkan oleh pelakon hebat seperti Intan Ladyana, Oktovia Manrose, Gambit Saifullah dan Mas Anizan itu kini bersiaran menerusi salutan Awesome TV.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram Azlee Khairi

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...