Muat Naik Foto Berpakaian Seksi : Tiz Zaqyah Hanya Ingin Jadi Diri Sendiri

Hiburan

Muat Naik Foto Berpakaian Seksi : Tiz Zaqyah Hanya Ingin Jadi Diri Sendiri

Lama juga kita tidak dengan sebarang cerita mengenai pelakon Tiz Zaqyah, tiba-tiba sahaja nama beliau baru-baru ini hangat  diperkatakan kerana ada sesetengah masyarakat mengkritik beliau yang sering memuat naik foto  berpakaian seksi di akaun Instagramnya.

Advertisement

Sedar dirinya menjadi bahan kritikan ramai, Tiz bagaimanapun memberitahu beliau tidak mahu terlalu memikirkan kata-kata negatif masyarakat dan beliau hanya ingin menjadi dirinya sebenar.

Buat Tiz, apa yang beliau lakukan itu mungkin kelihatan keterlaluan bagi sesetengah pihak tetapi ia adalah perkara biasa buat dirinya.

Sejak dulu lagi saya memang suka berkongsi apa saja gambar aktiviti harian serta karier di Instagram. Ada di antara gambar itu mungkin nampak keterlaluan pada pandangan orang lain tetapi ia perkara biasa bagi saya.

Saya bukan melakukan aktiviti yang salah dan mereka yang berada dalam gambar-gambar itu adalah rakan-rakan saya. Ibu bapa saya juga mengenali mereka dan tahu aktiviti yang kami lakukan.

Setiap orang mempunyai cara pemikiran yang berbeza, jika Tiz Zaqyah selesa begitu, biarkan sahaja. Untuk apa jadi hipokrit demi orang lain, nanti tidak ikhlas pula jadinya. Doakan sahaja mungkin satu hari nanti Tiz akan menjadi seorang wanita Islam yang lebih baik.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...