Muat Naik Foto Berbikini: Julia Ziegler Tidak Kisah Dikritik

Hiburan

Muat Naik Foto Berbikini: Julia Ziegler Tidak Kisah Dikritik

Aktres Julia Ziegler nampaknya tidak kisah akan kritikan orang ramai apabila beliau baru-baru ini  ada memuat naik foto seksi dengan hanya memakai bikini sewaktu percutian beliau di Pulau Redang, Terengganu.

Advertisement

Julia berkata, beliau tidak mahu menjaga hati mereka yang sering mencari kesalahan artis di media sosial apa yang penting adalah beliau ingin menjadi diri sendiri dan merasa gembira.

Saya tidak kisahlah apa orang nak cakap, yang penting saya gembira dengan apa yang saya lakukan, sampai bila kita nak fikir apa orang cakap tentang kita.

Saya hanya ingin kongsi apa yang menarik di pulau ini dan aktiviti yang saya lakukan bersama kawan-kawan. Ini masa untuk bergembira selepas penat bekerja dan berhadapan dengan tekanan di Kuala Lumpur.

Buat Julia, tidak salah untuk beliau memakai bikini kerana ia satu pakaian yang biasa ketika berada di pulau. Malah, masyarakat di pulau itu juga tidak kisah dengan cara pemakaian beliau dan ia seharusnya tidak dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Bagi saya tiada yang pelik pun pakai bikini, orang-orang di kawasan ini ramai yang ambil gambar dengan saya dan tidak kisah pun pemakaian saya itu. Saya rasa ramai sahaja perempuan yang pakai seperti itu ketika di pulau, cuma mereka bukan artis dan tidak mendapat perhatian sahaja.

Kami rasa mereka yang mengkritik itu bukan mempersoalkan kebiasaan seseorang itu memakai bikini di pulau, tetapi lebih kepada hukum untuk menutup aurat sebagai seorang Islam. Apa-apa pun, tidak perlu la kita cakap banyak lagi sebab Julia Ziegler memang tidak akan terkesan dengan segala kritikan.

Sumber Berita: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...