Muat Naik Foto Bayang-Bayang Seorang Gadis, Nazim Othman Sudah Ada Kekasih Baru?

Hiburan

Muat Naik Foto Bayang-Bayang Seorang Gadis, Nazim Othman Sudah Ada Kekasih Baru?

Sudah beberapa bulan berpisah dengan Bella Dally, pelakon Nazim Othman tidak pernah dilihat rapat dengan mana-mana gadis dan banyak menghabiskan masa mencari ketenangan dengan bercuti ke tempat-tempat menarik.

Advertisement

Terbaru, tindakan Nazim memuat naik foto bayang-bayang seorang gadis mencetuskan pelbagai tanda-tanya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menganggap pelakon lelaki itu sudah menemui cinta baharu. Ada juga yang mendoakan kebahagiaan Nazim bersama ‘teman istimewanya’ itu.

Walaubagaimanapun, Nazim hanya berdiam diri mengenainya meskipun beliau ada membalas beberapa komen di Instagramnya itu. Jika berita ini benar, kami harap satu hari nanti Nazim dapat berkongsi siapakah gerangan gadis yang berjaya mencuri hatinya itu. Apa-apa pun, semoaga bahagia selalu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.