Muat Naik Foto Anak Pakai Baju Rekaan Khas, Peminat Minta Rizman Nordin Keluarkan Busana Untuk Bayi

Hiburan

Muat Naik Foto Anak Pakai Baju Rekaan Khas, Peminat Minta Rizman Nordin Keluarkan Busana Untuk Bayi

Pereka fesyen terkenal, Rizman Nordin dan isteri yang baru sahaja menimang cahaya perempuan pertama kelmarin nampaknya telah membuka akaun Instagram (IG) untuk si comel itu.

Menggunakan nama @RizqaaRizman, akaun tersebut dilihat telah memperoleh hampir 4000 pengikut setakat hari ini. Dalam pada itu, Rizman juga telah memuat naik foto anaknya itu dengan memakai baju bayi dengan label RR di akaun Instagram peribadi milik Rizqaa.

Advertisement

Jika sebelum ini ramai netizen telah meninggalkan komen di IG Rizman mengatakan bahawa betapa bertuahnya anaknya itu kelak kerana bakal disarungkan dengan busana cantik rekaan bapanya sendiri.

View this post on Instagram

Daddy ni suka kacau me!

A post shared by @ rizqaarizman on

Dalam pada itu, ada juga sesetengah netizen memberi cadangan supaya Rizman mengeluarkan seleksi pakaian khas untuk bayi pula selepas ini.

Mengimbas kembali, salah seorang daripada duo jenama Rizman Ruzaini, Rizman Nordin telah mengumumkan ketibaan puteri sulung setelah isterinya Nurida Suraya dilaporkan telah selamat melahirkan bayi pertama mereka.

Berita tersebut telah dikongsi Rizman menerusi akaun instagram miliknya dan telah menerima ucapan tahniah daripada rakan artis dan juga para peminat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...