Seorang pemandu e-Hailing mendedahkan rakaman dari dalam keretanya yang memaparkan enam orang pelajar dari sebuah universiti tempatan.
Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, enam orang pelajar itu dipercayai menempah kenderaan bersaiz ‘4 seater’.
Namun, mereka dilihat cuba untuk duduk berhimpit di dalam kenderaan milik pemandu berkenaan bagi memuatkan kesemua enam orang.
Susulan itu, pemandu e-Hailing berkenaan telah menegur kesemua pelajar terbabit bahawa kenderaannya tidak boleh memuatkan pelanggan seramai enam orang.
Muat je, saya kecik je bang..
Tidak berpuas hati, pemandu e-Hailing itu akhirnya membatalkan pesanan enam pelajar terbabit dan meminta mereka untuk keluar dari kenderaannya.
4 orang je.. tak boleh. Keluar.. saya dah cancel.
@safrah699 budak2 UM ni mana boleh nak msk 6 orng dlm keta kan dh kena cancel dkt university belajar apa benda basic pun tak tahu.. #ehailing
Meninjau di ruangan komen, ramai pengguna media sosial yang berpihak kepada pemandu e-Hailing tersebut kerana menganggap dia melakukan tindakan yang betul.
Menurut mereka, bilangan pelanggan yang menaiki kenderaan perlu diambil kira bagi mengelakkan risiko terlebih muatan selain melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Bukan itu sahaja, ada juga segelintir netizen yang mempersoalkan tindakan pelajar terbabit kerana tidak memesan kenderaan yang bersais ‘6 seater’.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.