Mualaf Sanggup Jual Rumah Dan Kereta Mewah Untuk Bantu Golongan Terjejas Kerana COVID-19

Trending

Mualaf Sanggup Jual Rumah Dan Kereta Mewah Untuk Bantu Golongan Terjejas Kerana COVID-19

Golongan yang berkemampuan ketika ini amat digalakkan bagi menyumbang bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tambahan lagi, wabak COVID-19 yang melanda dunia kini, memberi dugaan yang pelbagai kepada setiap lapisan masyarakat.

Seorang mualaf di Indonesia, Steven Indra Wibowo telah bermurah hati untuk menjual hartanya yang merangkumi rumah dan kenderaan mewah. Hasil daripada penjualan harta tersebut akan disalurkan kepada golongan susah dan penduduk sekitar yang dilanda musibah akibat COVID-19.

Steven bersetuju untuk melepaskan dua unit rumahnya dan tujuh buah kereta untuk membeli keperluan kegunaan petugas perubatan seperti pakaian alat pelindung PPE, sarung tangan, topeng muka dan cecair pembasmi kuman.

Advertisement

bantuan kemanusiaan

Tidak cukup dengan hanya memberikan bantuan kelengkapan perubatan, Steven juga telah mengedarkan ribuan bantuan makanan kepada orang ramai tanpa mengira status dan agama.

Wabak yang sedang melanda ini sedikit sebanyak telah menyedarkan dirinya bahawa segala harta yang dimiliki didunia tidak akan kekal untuk selamanya.

Penjualan unit rumah dilakukan di laman Instagram miliknya. Disebabkan penjualan rumah tersebut bukanlah untuk mendatangkan keuntungan, Steven membuka peluang kepada sesiapa sahaja untuk melakukan penawaran harga untuk membeli rumah tersebut.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Steven Indra Wibowo (@steven.indra.wibowo) on

Selain itu, Steven juga mengajak orang ramai untuk menghulurkan bantuan tidak kira seberapa banyak yang mampu diberikan ke tabung bantuan persatuan mualaf Indonesia untuk mangsa COVID-19.

Perkongsian yang ditulis Steven secara tidak langsung telah menyedarkan umat Islam yang lain untuk tidak kedekut menyerahkan sedikit harta atas tujuan membantu masyarakat yang sedang kesusahan tanpa melihat latar belakang mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...