Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mual Selama Dua Minggu, Mawar Rashid Akui Tak Sedar Hamil Anak Kedua

mawar rashid hamil anak kedua

Bertindak bertemu pakar Ginekologi sekitar minggu lepas bagi mengesahkan tentang kehamilannya, pelakon jelita Mawar Rashid akui tidak sedar bahawa dirinya telah berbadan dua meskipun tidak datang bulan.

mawar rashid hamil

Advertisement

Kata Mawar, beliau hanya mengetahui dirinya telah hamil kira-kira dua minggu lepas. Beliau dikhabarkan mula menghidu dirinya sarat mengandung anak kedua apabila Mawar sering muntah selama dua minggu berkenaan.

“Lepastu suami ajak berjumpa dengan gynae sebab risau hormon saya bermasalah. Dekat situ la saya tau tengah hamil. Dah besar pun baby, saya yang tak perasan,”

Menurutnya, prose kehamilan kali ini agak berbeza dengan anak pertamanya kerana Mawar dikatakan sentiasa berasa mual dan hanya makan makanan yang tertentu sahaja dalam kuantiti yang sedikit.

mawar rashid hamil

“Bila alahan ni dia boleh ja makan cuma memilih sikit. Makan benda yang rasa nak makan ja. Kalau makan pun dalam kuantiti yang sikit.

Meskipun begitu, Mawar juga turut mendedahkan hubungannya bersama anak lelaki kini bertambah erat. Hal ni demikian kerana, anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael difahamkan terlebih manja dan sentiasa inginkan perhatian.

Terdahulu, Mawar mengumumkan dia kini sedang hamil anak kedua menerusi akaun Instagramnya.

Advertisement

Untuk rekod, Mawar telah mendirikan rumah tangga bersama Raf Yaakob pada November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Raden Muhammad Rafael pada Mac tahun lalu.

Sumber: Gempak

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Amor

    June 17, 2020 at 9:12 am

    Alhamdulilah….tahniah.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top