MUA Pasrah Ubah Solekan Selepas Keluarga Dan Rakan Datang Kritik Wajah Pengantin

Kehidupan

MUA Pasrah Ubah Solekan Selepas Keluarga Dan Rakan Datang Kritik Wajah Pengantin

Setiap wanita bergelar pengantin pasti mempunyai majlis yang diimpikan sebagai raja sehari di hari pernikahan. Bermula daripada pemilihan tempat, baju, solekan dan hal-hal lain yang berkaitan pasti berdasarkan citarasa sendiri.

Namun, perkara tersebut tidak berlaku bagi seorang pengantin wanita di Indonesia dimana momen ketika dia disolek dikongsi oleh seorang make-up artist (MUA) di aplikasi TikTok.

Advertisement

Pada awalnya, pengantin wanita sangat berpuas hati dengan hasil solekan yang memperlihat wajah natural. Sebelumnya, mereka terpaksa memilih untuk membuat solekan di ruangan terbuka disebabkan bilik pengantin agak sempit.

Namun, setelah keluarga melihat hasil solekan MUA tersebut mereka mengkritik dengan mengatakan bibir pengantin kelihatan seperti pucat dan meminta supaya diganti dengan warna lipstick merah.

Hakikatnya, pengantin wanita yang memilih warna nude sesuai dengan keinginannya dan mereka berdua pasrah dengan permintaan daripada keluarga yang meminta warna lipstick ditukar.

Bukan itu saja, malah rakan pengantin wanita berkenaan juga turut meminta supaya warna blusher pengantin ditambah supaya kelihatan lebih jelas berbanding sebelumnya. Untuk mengelak daripada berlaku ‘perang mulut’ akhirnya MUA tersebut terpaksa akur atas pemintaan keluarga dan rakan pengantin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kesal atas tindakan ahli keluarga dan rakan pengantin wanita mengkritik dan meminta solekan pengantin diubah.

Malah, warganet juga lebih memilih solekan wajah pengantin yang hanya memperlihat solekan natural daripada MUA.

Sumber : TikTok

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...