MUA Caj Harga ‘Make Up Bridesmaid’ Sampai RM2,000 – “Punya Terkejut Sampai Tanya Dua Kali!”

Kehidupan

MUA Caj Harga ‘Make Up Bridesmaid’ Sampai RM2,000 – “Punya Terkejut Sampai Tanya Dua Kali!”

Seorang individu tampil meluahkan rasa tidak percaya apabila jurusolek mengambil upah sehingga RM2,000 bagi solekan pengapit pengantin di aplikasi Threads.

Dalam hantaran yang tular itu, wanita itu difahamkan ada bertanya jurusolek berkenaan di aplikasi WhatsApp.

Advertisement

Namun apa yang mengejutkan adalah apabila ‘rate’ yang dikenakan untuk solekan ‘bridesmaid’ adalah sebanyak RM2,000.

rate MUA Bridesmaid RM2k

Aku ni tak berapa nak tahu sangat harga MUA sekarang. Tapi korang rasa harga dia ni make sense ke?

Wanita itu kemudiannya memuat naik tangkap layar perbualan bersama jurusolek tersebut.

Difahamkan, caj tersebut dikenakan kerana jarak lokasi pelanggan adalah di Muar sedangkan dia tinggal di Johor Bahru.

Punya terkejut sampai tanya dua kali. Fikir balik, membazir gila, baik makeup sendiri.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memberikan komen harga yang dikenakan itu tidak munasabah dan terlalu mahal.

komen

Namun ada juga yang berpendapat MUA itu hanya menolak tawaran ‘job’ secara halus dan menasihatkan agar wanita itu mencari jurusolek lain sahaja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pengacara persoal buat tandas dalam rumah
2025-08-15 15:06:38

(VIDEO) Pengacara Persoal Budaya Buat Tandas Dalam Rumah - "Macam Bawa Syaitan Masuk.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...