MUA Bellaz Hentikan Penjualan Produk Keychain Wajah Anak – “Terima Kasih Yang Bagi Nasihat”

Kehidupan

MUA Bellaz Hentikan Penjualan Produk Keychain Wajah Anak – “Terima Kasih Yang Bagi Nasihat”

Jurusolek dan pensohor media sosial terkenal, MUA Bellaz mengumumkan bahawa dia sudah memberhentikan pengeluaran ‘keychain’ wajah anak perempuannya, Nur Aisywara Nealofa.

MUA Bellaz hentikan penjualan ‘keychain’ Wara

Ujar Bellaz, dia menerima nasihat dan teguran yang diberikan orang ramai berkenaan isu itu di mana ramai yang tidak bersetuju jurusolek berkenaan ingin mengeluarkan produk itu.

Advertisement

Hampa dengan merendah hati nak bagitahu, Bellaz berlapang dada berhentikan production cartoon keychain Wara. Nak semua omi Wara happy dan selesa.

Terima kasih atas nasihat dan ucapan yang baik-baik. Terima kasih walaupun dah separuh dah buat. Nanti Bellaz bagi as free gift untuk client makeup mama dia na. Minta maaf sekali lagi.

Ingin senangkan hati peminat

Tambahnya lagi, dia ingin melakukan perkara yang mendatangkan keselesaan buat orang ramai kerana merekalah yang memberi sokongan terhadap kerjayanya selama ini.

Kita kena buat benda yang selesakan orang. Kalau orang kurang selesa jangan teruskan sebab yang beri sokongan ini bukan orang luar tapi dari pengikut kita sendiri. Mungkin ada hikmah besar lagi Allah nak bagi.

Sebelum ini, MUA Bellaz dikecam segelintir netizen yang tidak bersetuju dengan penjualan produk ‘keychain’ yang mempunyai wajah Wara. Difahamkan, dia bakal mengeluarkan produk terbaru iaitu baju t-shirt yang dicetak dengan wajah anaknya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sakinah
8 months ago

"Anak Saya Sekolah Agama Tau!" - Sharifah Sakinah Beri Sokongan Anak Minat Bidang Seni, Kena Seimbang Dengan Pelajaran

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...