Usahawan Dato Seri Vida turut tidak melepaskan peluang untuk menyertai trend video yang kini tular di platform media sosial, TikTok iaitu Asoka Trend.
Trend berkenaan memaparkan transition wajah individu tersebut tanpa solekan sehinggalah pada penghujung video ia akan menunjukkan muka yang disolek dan memakai sari berserta aksesori.
Ramai cakap macam pocong
Menerusi ruangan komen, ramai yang memberikan respon masing-masing dan rata-ratanya menyamakan gaya tudung Vida seperti pocong.
Termasuklah pengarah yang dikenali bermulut lancang, Michael Ang yang turut memberikan komen sebegitu namun ia tidak disenangi oleh usahawan berkenaan.
Mu samakan aku dengan pocong? Mu baru jumpa aku 2 hari lepas. Mu sahabat aku, mu bukan support aku. Mu musib*tkan aku.”
Minta Michael melutut minta maaf
Vida meluahkan rasa kecewa dan marah terhadap Michael menerusi hantaran di Instagram di mana katanya sebagai pengarah, dia sepatutnya tahu bahawa video solekan sebegitu dikira sebagai satu seni.
Malah, ibu kepada Cik B itu juga menuntut agar pengarah terbabit membuat permohonan maaf kepadanya.
Aku memang takkan maafkan. Aku punya usaha, bukan senang tau. 12 jam tau aku duk menghadap cuci (mekap), buat (video). Mu minta maaf dengan aku sekarang. Mu melutut depan aku. Sekarang.
View this post on Instagram