“M*ti Ke Kalau Tak Makan?” – Isteri Ditengking Suami Gara-Gara Mahu Beli ‘Potato Chips’

Kehidupan

“M*ti Ke Kalau Tak Makan?” – Isteri Ditengking Suami Gara-Gara Mahu Beli ‘Potato Chips’

Seorang suami tidak hanya bertanggungjawab menyediakan keperluan asas, tetapi juga berperanan dalam menjaga emosi isteri.

Komunikasi yang baik amat penting dalam rumah tangga untuk mengelakkan salah faham, kerana kata-kata kasar atau sindiran hanya akan melukai hati pasangan.

Advertisement

suami isteri

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang wanita berkongsi pengalaman ketika beratur di kaunter pembayaran di sebuah pasar raya.

Menerusi perkongsian tersebut, wanita itu terdengar perbualan seorang lelaki yang memarahi isterinya kerana meminta untuk membeli snek yang berharga RM3.80.

threads

Difahamkan, si isteri hanya meminta dengan nada biasa namun suaminya membalas dengan kasar.

Lapar sangat ke? Mati ke kalau tak makan? – kata suami.

Si isteri hanya mampu tertunduk menahan malu kerana kejadian itu disaksikan oleh orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengecam tindakan lelaki itu kerana dianggap tidak menghormati sang isteri.

komen threads komen threads

Malah, ada juga yang menasihati para isteri supaya mempunyai pendapatan sendiri agar kejadian seperti ini tidak berlaku kerana mampu membeli makanan atau barangan yang diingini tanpa menggunakan duit suami.

komen threads

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

5 days ago

Wang Simpanan RM80000 Suami Isteri ‘Hangus’ Ditipu Pakej Haji - “Wang Tak Dapat Balik, Agensi Dah Gulung Tikar”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...