MSN Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik, Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Kehidupan

MSN Sahkan Lee Zii Jia Dalam Keadaan Baik, Tiada Isu Depresi Dan Kemurungan Dikesan

Majlis Sukan Negara (MSN) mengesahkan bahawa pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, berada dalam keadaan baik dan tidak menghadapi sebarang masalah membimbangkan susulan hantaran lakaran misteri yang dikongsikannya di media sosial baru-baru ini.

Menurut Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin, pihaknya termasuk Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, telah menghubungi pasukan Lee Zii Jia (Team LZJ) bagi mendapatkan penjelasan berhubung tindakan pemain berusia 27 tahun itu.

Advertisement

Hantaran tersebut, yang memaparkan beberapa ilustrasi abstrak dan hitam putih, telah meraih lebih 131,000 tanda suka dan lebih 3,000 komen, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan netizen — termasuk dakwaan kononnya Zii Jia berdepan isu kesihatan peribadi atau mental.

Mereka (Team LZJ) memaklumkan tiada apa-apa yang perlu dirisaukan. Mungkin Zii Jia buat hantaran gambar-gambar berkenaan kerana beliau berminat dengan seni seperti itu.

Walau bagaimanapun, kita sentiasa terbuka untuk membantu sekiranya pasukan beliau memerlukan bantuan MSN atau Institut Sukan Negara (ISN).

Jefri turut menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa Zii Jia mengalami kemurungan dan menegaskan pihaknya akan terus berhubung rapat dengan pasukan pemain itu.

Pasukan dan rakan-rakan Zii Jia juga tidak nampak sebarang tanda yang menunjukkan beliau mempunyai masalah dari segi mental ataupun peribadi.

“Generasi sekarang mungkin suka kesenian seperti itu. Jadi, biarkanlah beliau berekspresi,” ujarnya lagi.

Untuk rekod, Lee Zii Jia kini berada di ranking ke-27 dunia dan dijangka beraksi semula di Kejohanan Terbuka Jepun yang akan berlangsung dari 15 hingga 20 Julai ini.

Ranking beliau sebelum ini jatuh keluar daripada kelompok 20 teratas dunia selepas hanya menyertai dua kejohanan tahun ini akibat kecederaan buku lali kanan yang dialami di Final Jelajah Dunia pada Disember lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lee Zi Jia hantaran depression
2 days ago

"Tanda-Tanda Kemurungan.." - Hantaran Instagram Lee Zi Jia Cetus Tanda Tanya Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : BERNAMA

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...