Ms. Pui Yi Fail Saman Rakan Niaga 4 Juta – “Konon Nak Bayar Tunggakan LHDN”

Kehidupan

Ms. Pui Yi Fail Saman Rakan Niaga 4 Juta – “Konon Nak Bayar Tunggakan LHDN”

Pelakon dan bintang YouTube, Ms Pui Yi dilaporkan telah memfailkan saman terhadap bekas rakan niaganya yang didakwa menyeleweng duit syarikat.

Fail saman terhadap ‘mentos’

Berikutan penyelewengan itu, Pui Yi mengalami kerugian mencecah RM4.3 juta.

Advertisement

Maklum pemilik nama Siew Pui Yi itu, lelaki berusia 29 tahun itu yang juga bekas ahli lembaga pengarah syarikatnya telah memperdaya dirinya sehingga menyerahkan wang tersebut dengan  alasan untuk menyelesaikan tunggakan cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tahun lalu.

Tuntut ganti rugi RM4.3 juta

Saya memfailkan tindakan sivil ini terhadap individu yang dikenali sebagai ‘Mentos’ kerana dia telah menipu dan memperdaya saya untuk menyerahkan lebih kurang RM4.3 juta.

Dia menipu saya dengan janji dapat menyelesaikan isu cukai pendapatan dengan LHDN dan tindakan sivil difailkan untuk mendapatkan semula jumlah wang yang ditipu itu.

Ujar Pui Yi, Mentos telah menipu duit syarikat sejak Jun 2022 di mana lelaki itu bertanggungjawab menguruskan hal ehwal sumber manusia selain melaburkan dana syarikat.

Peguam mewakili Pui Yi, K Mahendran memaklumkan satu kes sivil telah difailkan anak guam di mana pihak mereka telah menamakan individu berkenaan sebagai defendan.

“Anak guam saya menuntut ganti rugi khas berjumlah RM 4 juta, kos dan ganti rugi lain” ujarnya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syafiqah aina
8 months ago

"Berbeza Dengan Kami Dahulu" - 'Influencer' Tayang Gaya Hidup Mewah Di MedSos, Aina Pesan Hijabi Agar Tidak Mudah Tertipu

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...