“Mr Robot Season 2” Tampil Lebih Dramatik Dan Aksi “Gila”, Iflix Siar Tayangan Ekslusif Di Malaysia. Wow!

Trending

“Mr Robot Season 2” Tampil Lebih Dramatik Dan Aksi “Gila”, Iflix Siar Tayangan Ekslusif Di Malaysia. Wow!

Mungkin ramai antara kita telah pun menyaksikan filem hebat “Mr Robot” sebelum ini. Dalam episod satu sebanyak 10 episod telah ditayangkan di saluran online Iflix.

Advertisement

Oleh disebabkan jumlah tontonan yang tinggi dari episod 1, kini Iflix membawakan kepada anda “Mr Robot Season 2” yang mana memaparkan aksi yang lebih menghiburkan dan penuh dramatik diluar jangkaan.

Iflix adalah salah satunya saluran online yang memperoleh hak eksklusif di Malaysia untuk musim kedua bagi meneruskan kesinambungan fenomena filem Mr Robot Season 1 sebelum ini.

Mr Robot Season 1 telah memenangi anugerah sebagai salah satu rancangan Malaysia yang paling kerap ditontoni sepanjang tahun 2015.

Istimewanya kali ini di Iflix, setiap episod baru dalam siri Mr Robot Season 2 akan ditayangkan pada hari Khamis seawal di Amerika Syarikat.

Apakah Mr Robot?

Bagi anda yang baru sahaja mengikuti filem bersiri Mr Robot, Mr Robot adalah satu siri televisyen drama ngeri American dicipta oleh Sam Esmail. Dibintangi oleh Rami Malek sebagai Elliot Alderson, seorang jurutera keselamatan siber dan penggodam yang mengalami gangguan kebimbangan sosial. Alderson telah direkrut oleh sekumpulan pemberontak yang dikenali sebagai “Mr Robot”, yang dilakonkan oleh Christian Slater. Beliau ditugaskan untuk menyertai sekumpulan pemberontak. Kumpulan itu bertujuan untuk memadamkan semua hutang dengan menyerang syarikat besar besar, E Corp.

“Hackathon By My Robot In Iflix”

Dalam pada itu, Iflix juga telah memberi peluang kepada individu berbakat dalam pengaturcaraan komputer. “Hackathon” telah direka untuk yang ada kepakaran istimewa bagi menguji lebih jauh ke dalam sistem iflix dan aplikasi seterusnya membantu dan mencari jalan untuk meningkatkan, membuat, berkembang atau ciri pengambilalihan dan fungsi dalam perkhidmatan iflix.

Seramai 12 pasukan yang terdiri daripada pelajar-pelajar kolej dan generasi muda melibatkan diri serta bertanding menyahut cabaran dalam tempoh 24-jam yang diselia dan dipantau oleh pasukan kejuruteraan iflix.

Dalam cabaran “hackathon” ini, penggunaan tertentu seperti “Seize Ctrl” dibenarkan oleh iflix untuk memupuk kepentingan inovasi dalam ekosistem teknologi Malaysia serta menyediakan forum untuk mereka yang berbakat bagi membina ciri-ciri dari penjanaan idea dari segi aspek prototaip serta bukti-bukti kerja dalam elemen secara realiti.

Pasukan yang menang dalam kempen “The Hackbots” membawa pulang sejumlah wang tunai bernilai RM5,000 untuk memulakan kempen mereka dan ianya membolehkan pengguna iflix mengatur pilihan kandungan mengikut kehendak mereka sendiri.

Idea di sebalik kempen “hackathon” ini adalah untuk mewujudkan nilai bukan sahaja di iflix tetapi juga menjadi seperti Mr Robot yang menjadi pemikir, pemacu dan inovasi masa depan.

Trailer Mr Robot Season 2

Beberapa artis-artis Malaysia juga turut serta dalam kempen ini. Memang menarik!

 photo jehanig.png

 photo jehan1.png

 photo sazzy.png

Jadi jangan lepaskan peluang untuk menonton filem terhebat yang penuh aksi mendebarkan, Mr Robot Season 2 di saluran popular online Iflix. Saksikan bagaimana Mr Robot menggunakan kepakaran dan kepintarannya mengatur strategi dan menyelesaikan masalah yang rumit.

Lawati  facebook Iflix Official dan subscribe saluran Youtube Iflix Official untuk mengetahui pelbagai lagi filem menarik yang ada sepajang tahun 2016 ini. Jom layan!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...