Penyanyi bersuara lantang dan penuh semangat, Zizi Kirana, kini sedang berada jauh dari radar industri hiburan tanah air kerana sedang menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GFS) yang sedang menuju ke Gaza.
Difahamkan, misi ini telah bermula sejak 31 Ogos lalu, melibatkan 15 rakyat Malaysia termasuk pelakon Ardell Aryana dan menurut Zizi mereka dijangka sampai ke Gaza dalam masa seminggu lagi.
Namun apa yang membuatkan netizen tertanya-tanya ialah satu hantaran terbaru Zizi Kirana di Instagram yang menampilkan post kolaborasi bersama rapper legenda, Malique Ibrahim
Walaupun tiada penjelasan rasmi dari Zizi atau Malique, ramai netizen berpendapat bahawa posting itu hanyalah bentuk sokongan Malique terhadap misi kemanusian yang disertai oleh Zizi dan bukannya menunjukkan dirinya turut serta dalam misi tersebut.