MR.DIY Kini Tawarkan Lebih 1,000 Peluang Pekerjaan Di Seluruh Negara

Trending

MR.DIY Kini Tawarkan Lebih 1,000 Peluang Pekerjaan Di Seluruh Negara

Bagi mereka yang kini sedang mencari pekerjaan, syarikat peruncitan terkemuka di negara ini iaitu MR DIY kini menawarkan lebih 1,000 peluang pekerjaan. Peluang ini ditawarkan kepada semua rakyat Malaysia bagi menampung keperluan bagi kepakaran berkaitan yang semakin meningkat di semua rangkaian kedai dan ibu pejabatnya di Selangor.

Pengarah Urusannya Adrian Ong memberitahu keadaan pandemik COVID-19 telah meletakkan rakyat Malaysia dalam situasi belum pernah dialami yang menyaksikan kita terpaksa berdepan dengan bukan saja isu kesihatan malah ekonomi.

Advertisement

“MR DIY telah berjaya mengekal dan menambah bilangan tenaga kerja bagi menyokong ekonomi Malaysia.”

cawangan mr diy

Tawaran bagi mengisi jawatan kosong dibuka selama tiga bulan bermula 1 Jun yang lalu. Peluang ini turut menggalakkan individu kurang upaya untuk memohon dan syarikat menawarkan faedah menarik termasuk liputan perubatan, diskaun staf, kenaikan gaji tahunan serta bonus, lawatan tajaan syarikat serta peluang perkembangan kerjaya dan kemajuan diri.

Bagi mereka yang berminat, calon mestilah berusia 18 tahun dan ke atas serta memiliki ijazah/diploma bagi jawatan penyelia ke atas. Manakala bagi jawatan juruwang dan promoter layak diberikan kepada calon yang memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

cawangan mr diy

Selain jawatan tersebut, terdapat pelbagai jawatan kosong di peringkat pengurusan pertengahan dan kanan, eksekutif serta pegawai bagi graduan baru di pelbagai jabatan di ibu pejabat syarikat. Iklan tawaran pekerjaan di Facebook MR. DIY ini telah mendapat lebih 2,000 perkongsian sejak dikongsikan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...