Mpox: Satu Kes Positif Direkod Pada 16 September, Pesakit Kini Sedang Isolasi & Stabil

Berita

Mpox: Satu Kes Positif Direkod Pada 16 September, Pesakit Kini Sedang Isolasi & Stabil

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan bahawa negara ini merekodkan kes positif mpox yang pertama dan ia merupakan varian clade II.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, pesakit tersebut tiada rekod perjalanan ke luar negara dalam tempoh 21 hari sebelum gejala timbul.

Advertisement

gejala mpox

Pesakit terbabit merupakan seorang lelaki warganegara dan dia mula menunjukkan gejala demam, sakit tekak dan batuk pada 11 Sept, diikuti ruam yang mula muncul pada 12 Sept.

Daripada 58 kes disyaki mpox yang telah dirujuk kepada KKM sepanjang tahun ini, satu kes disahkan positif mpox clade II pada 16 Sept 2024. Dengan itu juga, semua 10 kes di Malaysia sejak 26 Julai 2023 sehingga kini adalah daripada clade II sahaja.

mpox positive

Kata Dr Muhammad Radzi, semua kontak bagi pesakit ini sedang dikenal pasti dan status kesihatan mereka akan dipantau mengikut tatacara kendali piawai (SOP) semasa yang ketat.

Pesakit itu kini sedang dalam isolasi serta berada dalam keadaan yang stabil dan KKM mengingatkan orang awam untuk meningkatkan kawalan kesihatan kendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

belum cadang laksana vaksin monkeypox malaysia
2 months ago

Kerajaan Malaysia Belum Bercadang Laksana Program Vaksinasi Penyakit Monkeypox Untuk Rakyat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Awani

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...