MPN Setuju Sempadan Negara Dibuka 1 Mac Tanpa Perlu Kuarantin Wajib

Berita

MPN Setuju Sempadan Negara Dibuka 1 Mac Tanpa Perlu Kuarantin Wajib

Majlis Pemulihan Negara (MPN) menerusi pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersetuju supaya sempadan negara dapat dibuka sepenuhnya seawal 1 Mac tanpa perlu keperluan kuarantin wajib, seperti laporan Kosmo Online.

Maklum Muhyiddin, ujian COVID-19 perlu dilakukan sebelum berlepas dan sejurus tiba di pintu sempadan negara perlu dilakukan mengikut syor Kementerian Kesihatan (KKM) dan ia perlu dilaksanakan secara terancang dan berdasarkan penilaian risiko semasa.

Advertisement

Ini melibatkan semua negara kerana Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan sekiranya nak pilih (negara), Omicron ini sudah ada di seluruh dunia.

Walau bagaimanapun, beberapa perkara akan diumumkan nanti seperti peraturan, saringan COVID-19, keperluan kuarantin dan sebagainya.

Tambahnya, berdasarkan taklimat yang diberikan Khairy pada mesyuarat tersebut, sistem kesihatan awam masih menguruskan kes COVID-19 berikutan pengalaman yang sudah dilalui sebelum ini.

 

Walaupun kes sekarang meningkat, namun kapasiti yang ada dapat menampung jumlah pesakit. Ini bermakna proses pemulihan ekonomi akan dipercepatkan, manakala pelabur dan pelawat asing boleh masuk ke negara ini.

“Industri pelancongan akan pulih semula dan boleh ‘terbang’ semula tetapi dalam masa sama, kita perlu pastikan SOP dipatuhi.” jelasnya lagi.

Vaksinasi 60 tahun sinovac
3 years ago

Ambil Dos Penggalak Sebelum 1 Mac Bagi Elak Status Lengkap Vaksinasi Terbatal

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...