MP Kepong Sedia Bayarkan Kompaun Remaja Turunkan Pelitup Muka

COVID-19

MP Kepong Sedia Bayarkan Kompaun Remaja Turunkan Pelitup Muka

Video yang tular mengenai seorang pelajar yang dilakatakan telah dikompaun kerana  menurunkan pelitup muka di sebuah stesen keretapi telah menarik perhatian ramai pihak.

Ramai yang melahirkan rasa simpati terhadap pelajar itu yang perlu membayar harga kompaun yang tinggi.

Advertisement

Berikutan itu, Ahli Parlimen Kepong, YB Lim Lip Eng, menyatakan kesanggupannya untuk menghulurkan bantuan.


Berkongsi di laman Facebook Yb Lim Lip Eng, dia melahirkan rasa simpati terhadap pelajar itu dan menawarkan untuk menjelaskan bayaran denda tersebut. Dia meminta pelajar tersebut untuk menghubunginya bagi membantu menjelaskan denda berjumlah RM1,000 itu.

Tambah Lim lagi, dia berharap agar orang ramai khususnya remaja untuk sama-sama mematuhi SOP bagi mencegah penularan COVID-19.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...