Jika anda pernah menonton filem Mowgli, pastinya anda tahu watak kanak-kanak yang membesar di hutan bersama-sama haiwan liar. Kalau di Malaysia, adik Syukur Khamis,15, telah diangkat sebagai Mowgli tempatan kerana sangat rapat dengan 36 ekor kerbaunya suatu ketika dahulu.
Nampaknya kali ini pelakon Nazim Othman telah berjaya mencuri tumpuan peminat apabila mencuba untuk menjadi Mowgli versi dewasa.
Mana tidaknya, pelakon itu dilihat bergambar bersama sekawan gajah liar menerusi ruangan Instagram miliknya baru-baru ini.
Yang lebih menarik perhatian apabila Nazim hanya berseluar panjang paras lutut ketika bergambar di samping gajah-gajah tersebut. Difahamkan foto-foto tersebut dirakam ketika berada di Hutan Simpan Endau Rompin, Pahang.
Meninjau ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen seperti ‘tidak keruan’ melihatkan sosok tubuh Nazim yang kelihatan lebih sasa berbanding dulu. Nazim turut tampil membalas komen netizen yang bertanyakan adakah dia menyunting foto tersebut dengan mengatakan bahawa badannya memang sudah begitu sejak sekian lama.
Amboi..bukan main ya peminat-peminat di luar sana!