Sabtu yang lepas, terpengaruh dengan daya tarikan oleh Kristin Kreuk, kami di BeautifulNara telah pun menonton filem Street Fighter: The Legend Of Chun Li.
Sebelum start filem ini, dah terbayang tendangan kaki berapi Chun Li dan juga pusingan kaki helikopter Chun Li. Tak sabar jugak nak tengok kecomelan Kristin Kreuk memakai baju Chun Li seperti dalam game Street Fighter yang kami main masa zaman budak-budak dulu.
Sayangnya, harapan yang tinggi menggunung hancur lebur sepanjang menonton filem ini. Dah la jalan cerita mengarut, tak ada pulak kaki berapi Chun Li, Aboogeen dari Ken pun ntah apa-apa. Itu belum masuk tak ada hikmat terbang dari M. Bison.
Yang paling menyedihkan cerita belum habis dah ada orang keluar wayang. Memang nampak sangat tak best. Kalau tak mengenangkan harga tiket RM11 dah lama jugak kami berambus. Sumpah tak best langsung cerita nie.
Kesimpulannya dari 10 bintang, kami bagi 3 bintang. 3 bintang tue pun untuk Kristin Kreuk jer. Kalau tak ada dia, cerita Street Fighter: Legend Of Chun Li nie nak bagi 1 bintang pun tak boleh.
Kata-kata akhir, sila jangan tengok cerita ini. Layanlah filem Geng: Penggambaran Bermula yang masih ditayangkan lagi di pawagam.