“Move On Lah, Tak Akan Berkawan Dah” – Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita, Puteri Zarith Bersuara

Trending

“Move On Lah, Tak Akan Berkawan Dah” – Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita, Puteri Zarith Bersuara

Usahawan dan pempengaruh, Puteri Zarith tampil memberi respon mengenai video yang tular di mana memaparkan bekas suaminya, Dr Munzir Shokri sedang makan bersama seorang pelakon wanita.

Ujar Puteri Zarith, dia tidak ambil tahu mengenai hubungan yang terjalin antara bekas suaminya itu bersama pelakon wanita berkenaan.

Advertisement

Hubungan saya dengan bekas suami masih baik. Kami berhubung setiap hari cuma untuk urusan anak-anak, tidak lebih daripada itu.

Ujarnya lagi ketika ditemui media, dia sudah ‘move on’ dan enggan lagi menoleh ke belakang.

Saya doakan saja yang terbaik untuk mereka. Kalau boleh, move on lah. Kita ni bukannya muda lagi.

Hubungan saya dengan dia (pelakon wanita) memang sudah tidak wujud lagi. Saya dah buang dan lepaskan semua jauh-jauh.

Puteri Zarith

Sebagai orang Islam, saya tidak mahu memutuskan silaturahim tetapi saya tidak mahu bergaduh dan mungkin juga tidak akan berkawan seperti dahulu.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan pelakon wanita popular dan Dr Munzir sedang ‘dinner’ bersama rakan-rakan.

Puteri Zarith dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 20119 sebelum bercerai pada Ogos tahun lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Tiz zaqyah
2025-11-07 16:36:50

"Doa Yang Baik-Baik Ya.." - Lelaki Didakwa Kekasih Hati Tiz Zaqyah Umum Perhubungan Secara Rasmi Di IG

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...